Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Sunday 31 July 2011

Tak Adil!


Kenapa kita tak boleh jadi adil?
Kau selar kerajaan, kenapa kau tak selar pembangkang juga?
Apakah kerajaan sahaja yang menjalankan politik kotor?
Apabila kantoi Datin Rosmah(bini najib) beli cincin mahal la apa la, kecoh sana sini. Najib punya salah semua orang attack dia. Apakah dia bukan manusia biasa juga yang perlukan layanan baik? Kenapa semua tindakan yang dia buat, orang cakap itu ini? Pembangkang terlalu diagungkan sehingga satu kesalahan pun tak nampak! Najib dipanggil Mat Monggol kerana kes Altantuya, tapi Anwar Ibrahim diagungkan hanya kerana dia didakwa meliwat and because of that we must defend him.......FUCK!
Kes Najib dah terang ada bukti yang dia tak terlibat dengan kes itu. Anwar Ibrahim ada bukti..ape cer? Siap ngan Biometric Recognition dari teknologi luar. Nilai lah wahai pro-pembangkang, kau adil ke tak adil? Jangan sampai bila pembangkang nak jadikan negara ni negara komunis pun kau nak sokong sudah la!

Sekarang ni untuk sebelah kanan pula, aku pun pro-kerajaan juga dahulu. Aku meluat bila akhbar Utusan Melayu selalu cakap buruk pasal pembangkang yang menyampaikan tuntutan BERSIH 2.0. Tuntutan tu memang bagus dan kena pada tempatnya bagi men'cantik'kan lagi negara pimpinan kerajaan yang penuh dengan corruption. Polis pun bersalah kerana mencederakan marhaen yang menuntut keadilan. Dan bila orang ramai marah, kau sokong bila Hishammudin Hussein cakap polis defend diri sendiri...WHAT THE FUCK! Even assignment aku pun aku buat pasal polis Malaysia yang tak berapa betul ni. Jangan ingat kerajaan yang dah campur adukkan bidang kehakiman dengan pentadbiran negara ini terlalu baik. Ingat kita tak perlu berterima kasih pada kerajaan kerana bagi kita itu ini, dah memang tu tugas dia. Kalau tak buat apa bapak kau undi BN sampai menang? Nilailah wahai pro-kerajaan, kau adil ke tak adil? Jangan sampai bila negara ni jadik makin celaru baru kau nak termangu sendirian.

Kenapa aku post benda ni?
Sebab aku dah naik jaki ngan blog Tukar Tiub dan akhbar Utusan Melayu. Terus terang aku cakap.
Yang satu terlalu agungkan pembangkang, dan yang satu terlalu agungkan kerajaan!
Biarlah kita jadi Neutral dan analisis setiap perkara yang berlaku sebelum menilainya.
Fikir untuk menaikkan nama dan taraf bangsa dahulu lalu sampaikan idea, sumbangkan jasa yang besar pada negara baru aku iktiraf kata-kata kau orang.

credit to: Si Patung dan Si Paku, Miss Evey juga jangan abaikan ini.Biar kita NEUTRAL. Faham???



mood:sumpah aku tengah bengang sekarang!

Saturday 30 July 2011

kau memang BODOH.

  PETIKAN BERITA HARIAN :

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

    Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz pernah mengejutkan negara apabila mahu menukar nama kepada Aleesya Farhana telah meninggal dunia. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Zahrah disebabkan masalah tekanan darah rendah akibat kemurungan serta masalah jantung. Kemurungan yang beliau hadapi adalah disebabkan kegagalan permohonan bagi pertukaran nama tersebut ditolak pada 18 Julai yang lalu oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa disebabkan beberapa faktor yakni kromosom , kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kuwujudan organ dalaman.



  Apa yang dilakukan oleh dia memang melampau dan melanggar norma dan fitrah manusia serta melampaui batas. Namun begitu , kita sebagai rakyat Malaysia tidak sepatutnya menghina.

  Jika dilihat , memang sudah menjadi budaya kita rakyat Malaysia untuk menghukum serta menghina segelintir individu yang membuat salah. Kita bukanlah sesiapa untuk menentukan syurga , neraka , dosa dan pahala . Memang sesuatu yang jelas dan nyata haram itu akan menjadi haram.Tetapi , andai kata diakhir kematian seseorang itu Allah letakkan syurga. Maka , syurgalah tempatnya .

  Kalau masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam sendiri menghina si Aleesya ni. Siapa lagi nak menasihati atau membawa dia ni ke pangkal jalan ? Paderi kat gereja ? Inspektor Sahab kat gurdwara ? Ane kat kuil ? Atau apek kat tokong ? Kita orang Malaysia terlalu cepat menghukum . Menghina . Mencaci. Jangan begitu !

  Mungkin ada sebab lain yang membuatkan dia jadi begini. Ini merupakan kes yang disiarkan dan mungkin ada beribu lagi kat luar sana yang masih memerlukan bimbingan. Dan kita bukan menghadapi masalah ini sahaja , ramai lagi individu yang dicaci dan dimaki disebabkan tukar jantina , pondan , murtad , dsb.

  Mereka perlu dibimbing dan bukan dicaci. Bukan tujuan untuk back up atau menghalalkan yang haram .Masalahnya kalau si imam , si ustaz berserban berjubah di masjid untuk menganjing dan bahan - bahan masyarakat yang macam ni . Siapa lagi nak jadi pembimbing ? Orang biasa - biasa tu entah la.

   Itu jela kot , Jangan terlalu MENGHUKUM. Sikit - sikit kau sesat ! Kau Bodoh ! Kau Sial ! Kau babi pondan ! Kau macam pelacur ! Murah la kau perempuan ! Kau babi penzina! See ? Kalau macam ni la , sampai bila tak maju . Kita seolah - olah sedang menyepak terajang si cacat yang duduk di atas kerusi roda .

Sama - sama lah fikir. Masyarakat terutamanya UMAT ISLAM MELAYU jangan jadi BODOH!

Wednesday 27 July 2011

Semangat Marhaen yang Rasis!

Gambar ini buatkan aku menangis seketika.
Aku menangis bukan kerana aku ni memey ke ape.
Malaysia digambarkan sebagai negara yang mampu mengawal semua marhaennya yang berbilang bangsa.
tapi sebaliknya yang terjadi. Aku blogjogging tadi~

https://www.facebook.com/pages/Jangan-Sokong-Cikgu-Puan-Hajah-Siti-Mangsa-Politik/148702105150026

Terlalu banyak blog yang dicipta oleh orang cina dengan terang mengutuk dan mencaci pemimpin melayu, tidak lupa juga mengutuk pemimpin bangsa mereka yang join venture dengan pemimpin melayu.

http://malaysiafree2008.blogspot.com/

Ada pula yang mengatakan secara terang-terangan yang orang Melayu tidak boleh hidup kalau tiadanya orang Cina. Aku buat entri ni tak nak sampai emosi aku mencapai tahap menggelegak nak mampus, cuma aku kecewa dengan sikap mereka yang rasis. Yah, Melayu memang bangsa yang pemalas. Tapi adilkah untuk salahkan semua Melayu atas kesalahan itu? Adakah orang Cina suci dari segala dosa? Kenapa tak puas hati? Pasal segala privileges yang Melayu dapat?

Ini semua termaktub di bawah kontrak sosial. Pemimpin anda yang bersetuju dengan permintaan pemimpin kami dan adakah itu hanya pura-pura semata-mata untuk mendapatkan tempat di negara ini? Alhamdulillah, Tunku Abdul Rahman pandai mengaplikasikan konsep positive discrimination.

positive discrimination: diskriminasi yang melebihkan sesuatu bangsa yang mundur disebabkan ketidak adilan pembahagian kaum suatu ketika dahulu.

Terang-terang dalam sejarah kita tahu bahawa orang Cina dan India sampai ke negara ini melalui Inggeris.
Inggeris melebihkan orang Cina dalam perniagaan dan segalanya sehingga bangsa melayu hampir dianggap bangsa hutan. Melayu di diskriminasi!
Tak payah la aku cerita lagi. Semangat Rasisme yang ada dalam negara ini akan menjatuhkan semua pihak. Sedarlah!

Aku cakap bukan untuk Cina dan India sahaja, aku cakap untuk bangsa aku yang semakin dipandang rendah di mata dunia. PERKASA janganlah terlalu rasis dalam meminta-minta hak melayu.
Kalau aku dapat masuk universiti hanya kerana aku melayu, aku pun tidak suka.
Biarlah yang betul-betul layak yang masuk.

Ingat, Melayu tiada HAK tapi mereka ada KEISTIMEWAAN.








mood:sipi lagi aku nak sepak meja.

Monday 25 July 2011

Berat Mata Kalian .

 

   Sebagai rakyat Malaysia, kita begitu berbangga dengan pembangunan dan keamanan yang kita kecapi. Acapkali , kita melaung-laungkan serta bermegah dan mendabik dada dengan kehadiran bangunan besi di atas. Hebat sungguh katanya dan pemimpin kita yang memberi cetusan idea tersebut ketika zaman pemerintahannya juga diagung - agungkan. Didewa-dewakan. Kononnya , beliaulah maha hebat ! maha agung! maha bijaksana! maha segala maha dalam dunia.


     Tetapi tidak sedarkan kalian ? Ketika negara diulit pembangunan . Disinari lampu - lampu neon gemerlapan serta disanjung oleh negara luar. Kebajikan rakyat sebenarnya tidak terjaga.Apa erti itu semua ? Dikala ada pemimpin bergelak tawa. Si marhaen terpaksa menanggung derita.

     Inikah yang dikata kemajuan ? Pembangunan hanya dilihat pada bangunan pencakar langit. Yeah ! negara mungkin maju . Tapi rakyat ? LIHATLAH! KALIAN PERGI SENDIRI DI SEBALIK LORONG - LORONG DAN TEPIAN BANGUNAN GAH YANG KALIAN PUJA ITU !


     Yeah , itu merupakan realiti . Gambar asli yang bukanlah gambar palsu yang acapkali dicanang - canangkan orang. Saya sendiri pernah melalui di kawasan lorong - lorong di sekitar Metropolitan Kuala Lumpur. Di tepi stesen keretapi Kuala Lumpur berlatar belakang klasik. Di sekitar Pasar Seni. Dimana - mana , kalian pasti akan terlihat si marhaen jalanan berjuang demi meniti sebuah kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan.Andai kata kalian punyai masa untuk melawat mereka , silalah ! Lihat sendiri betapa pembangunan yang kalian kecapi sebenarnya hanya PALSU! Penuh kedongengan . Mungkin kalian boleh kata itu dan ini terhadap penulisan yang ringkas dan mungkin tak bermakna ini. Namun , percayalah .... Kiranya benar pemimpin berkhidmat untuk rakyat . Banyak berbakti untuk negara , berjasa pada agama dan bangsa. Dimanakah rasa malu dan apakah tindakan mereka apabila melihat ruang - ruang di mata dipenuhi se pengemis? si pejuang jalanan ? merempat di tepi jalanan. Pemimpin apakah itu ???? Sanggup membiarkan rakyat binasa. Fikirkanlah.



Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

From People to People.

Wednesday 13 July 2011

Siasah itu kotor

     Bila bicara soal politik terutamanya dalam kawasan sekolah , taman permainan ,. dalam rumah waima kawasan universiti tempatan atau kolej swasta sekalipun . Acapkali kita dengar quotes indah dan berseni berbunyi ........

   Weh Mat , kita ni tak cukup umur lagi . Jangan la campur hal politik. Itu hal orang - orang tua .Kau belajar je rajin - rajin . dapat result bagus .. Kerja bagus . Buat apa pening - pening kepala .. Lagipun Politik itu kotor.








     Inilah minda masyarakat kita pada hari ini . Tidak kira si tua atau si muda , mereka merasakan tidak perlu untuk mengambil tempat dalam apa jua bahagian dalam politik @ siasah kerana merasakan kekotoran dan hancing politik itu mampu memusnah dan menyusahkan diri.Tambahan pula , ibu bapa juga berfikiran kolot dengan menghalang , memarahi , memaki malah ada yang lebih hebat sehingga memulaukan anak sendiri disebabkan Politik. wah ! Hebat orang Malaysia ......

     Sebelum bicara tentang kotornya politik , moleklah anda kaji serba sedikit apa yang dikatakan dan dapat diungkap dengan kalimah POLITIK. Politik @ siasah sebenarnya merujuk kepada pemerintahan. Ada orang kata tak perlu libatkan diri dengan politik sebab tak dapat apa - apa pun. Pirahhhhh! Kemudian , saya juga pernah ditanya dengan satu soalan daripada mantan ketua pelajar sekolah yang saya kira berprestij dan gemilang ditambah dengan kejayaan sekolah mendapat SBT. Soalan ini yang membuatkan saya tersenyum dan hampir tergelak. "RASULULLAH BERPOLITIK KE UNTUK JADI PEMIMPIN YANG HEBAT ?"
SAUDARA , POLITIK ITU PENTADBIRAN. RASULULLAH PENTADBIR JADI RASULULLAH JUGA AHLI POLITIK.TANPA POLITIK MADINAH TAK MAJU BROTHER!TAK WUJUD PIAGAM SEMUA ITU., KAMU PUN JUGA AHLI POLITIK . TAPI KAMU BERPOLITIK DI SEKOLAH...

     Sebenarnya , pemikiran kita yang di doktrin dengan fahaman sekularisme dan prinsip positivist. Kita menganggap bahawa kehidupan , politik dan agama adalah berasingan sedangkan segalanya dalam suatu wilayah dan lingkungan yang sama... Inilah strategi dan taktik si kapir laknat bagi memeningkan kita . Tanpa politik , tidak wujud ekonomi yang mantap , negara yang stabil dan aman , pendidikan yang baik , peluang pekerjaan tidak wujud. . Jadi , inikah yang dikatakan kita tidak perlu berpolitik dan tidak ada faedah kiranya berkecimpung dalam bidang ini ? Jangan salahkan kalimah POLITIK tetapi mungkin pengamalnya yang tersilap . Sedangkan di surau - surau dan masjid kita pun dilarang untuk bicara soal poltik . Sekular betul . HAHAHAHAHA.

     Anak muda terutamanya perlu mengambil berat tentang soal politik walaupun sedikit bagi memberi sedikit kesedaran dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kelalaian serta suntikan hedonisme. Ini bukan soal umur .Setiap lapisan masyarakat yang sudah akil baligh serta mampu berfikir matang sebenarnya perlu mengambil PORT akan hal siasah ini.Percayalah , andai kata masyarakat terutamanya anak muda terus berada dalam wilayah ini. Negara akan jahanam dan setiap titisan mani bapa ke faraj si ibu sudah tidak bermakna dan pasti membawa malapetaka.

NEUTRAL itu seakan susah.

Tanah Melayu bergema dengan gegak gempita marhaen
yang mahu Malayan Union dilupuskan.
Tapi itu dulu. 
Ini sekarang,
Marhaen-marhaen yang minat akan Spongebob berarak
menuntut keadilan.
Entah la. Seriously aku sebenarnya masih dalam keadaan dilema.


Sudah beberapa hari BERSIH 2.0 meninggalkan kita.
APA kata kita lupakan sahaja apa yang terjadi,
Dan tumpukan apa yang perlu seorang anak Melayu sumbangkan,
DEMI menaikkan nama bangsa di mata dunia.




mood:aku buntu. ADOYAI!

Polis dan Demonstrasi

 
                   I'd rather they blind with tear gas than blind myself with fears.

 Daripada dahulu sehingga sekarang , apabila menyebut tentang demonstrasi . Elemen Polis Di Raja Malaysia sememangnya tidak dapat dipisahkan . Ia semacam suatu perkara wajib yang kerjaan letakkan kononnya bagi melindungi ketenteraman negara tercinta ini.Tambahan pula , semenjak zaman REFORMASI ANWAR . Pihak kerajaan lebih aktif menggunakan Polis sebagai alat bagi "menenteramkan" marhaen.Namun begitu , tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku...


                                                      Kemesraan dan perlindungan yang diberikan oleh pihak DEPA.

 Ada pihak yang mengatakan antara sebab utama polis dikerahkan adalah kerana pihak kerajaan tidak mahu perkara seperti yang berlaku ketika 13MEI dahulu berulang kembali. Alahai , masalah sekarang perlu ke buat macam ni dulu. Tak gentle la brother! HAHAHAHAHA
Percayalah , suatu perhimpunan itu akan menjadi huru - hara , kelam - kabut dan serabut persis ANARKI ( seperti yang disebut dalam berita hairan) terjadi tatkala DEPA bertindak....... Mereka yang memulakan. 


    PM said police have done a good job evacuate the crowd..there is not ACTUAL physical contact between them.. But . is that true ?

                                                                Tembak tembak tembak!

                                                                               Aduh , tak kahwin la gua brother !
                                                                           We will fight for our right until the end.
                                                          Kalau ikut naluri manusia anda , sanggup tak libas si kerepot tu ?
                                                                                              Kemenangan buatku!!!!
                                                                      Bikin susah bikin susah. ! Balik rumah la !

                                                               HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

 Saya tidak menyalahkan OCPD , saya tidak menyalahkan KPN . Saya tidak menyalahkan mana - mana anggota . Permasalahannya . mereka semua bekerja mengikut arahan . Tindakan tidak akan diambil tanpa arahan dari yang ATAS.

  Jangan jadikan Malaysia NEGARA POLIS.

  Memang Perkara 10(4) ada menerangkan bahawa Kerajaan mempunyai hak mengharamkan perhimpunan atau demonstrasi sebegini. Tapi , saya rasa tak pulak sebut perlu menggunakan kaedah sebegini membanteras rakyat.

Apa boleh buat ? HAHAHAHAHAH






FROM PEOPLE TO PEOPLE.
Wallahualam.

Tuesday 12 July 2011

Janji demokrasi kepada si anjing, si serigala.

Kita anjing yang hanya taat setia, 
kepada tuan yang bermulut manis menjaja demokrasi,
kerna kononya pilihan itu milik kita,
dan kebebasan itu hak terpelihara.

Dikerah serigala biru-biru,
agar kita turut sepatuhnya,
takut luka,
takut sengsara,
engkar jangan, bersuara dibisukan semua.

Ya, anjing dan serigala,
dua dua mangsa si tuan besar.

Friday 8 July 2011

Article Ten

Please do take you Federal Constitution (Preferably the Current F.C)

Under Article Ten ; Freedom of speech, assembly & association

a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms


But as they say, this is only applicable for certain people. Not for ;
a) Student under the government institutions
b) Government sectors employers/employees

Such Article is considered void if you are the above. VOID. Repeat. V.O.I.D

So who is really under the Federal Constitution?

Does your brother in UM or UiA considered applicable under this article?

Nope.

Does your mother, who apparently works in a public school applicable under this article?

Nope.

So who really is applicable under this article?

Public sector student/employee/employer?

So apparently, if we were born in Malaysia  & we a natural citizen. However,  if u want to have a freedom of speech and freedom of act/assembly u need to study in a private school. Work in a private sector? Privatize everything to get what they have promised to give.

So is that fair. Point being, what is the TRUE function of the Federal Constitutions?

Maybe they should put a warning label in front of the Federation such as ;


Warning ; Only few articles are applicable for the Public sector/students.

Did you know; 100% of our future depends on our future generations? What is the older generations teaching us by asking us to suppress our thoughts/feelings?

Did you know that our Federal Constitution has change/amend for more than a 100th time since the Merdeka Day. While United States has amend/change their F.C for less than 30 times.

We had just celebrated our 53 years of independence. That ladies and gentleman is as old as my grandfather, seriously.

But get this, America yes the land of the 'GLORY" has already celebrated their.. well They had their Independence on 4th July of 1776.

So you do the math.

Yes, they only change/alter/amend their Constitution for 20/30 times along the years of 1776 to 2011. Yes.

Yes.

So what does THAT say about our Federal Constitutions?

P/S ; Have a look at the colour of our F.C. Hello, is that yellow I see ;D

Thursday 7 July 2011

CUKUP KUASA?

"AMPUN TUANKU!" itu kata-kata yang selalu dikaitkan dengan individu-individu di atas.
Sedia maklum bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah indiividu tertinggi dalam struktur pemerintahan negara.
Adalah sedia maklum juga bahawa di dalam negara Malaysia terdapat tiga badan utama negara iaitu:
LEGISLATIF
JUDISIARI
EKSEKUTIF
YDPA telah diletakkan di tempat yang tertinggi di atas ketiga-tiga badan tersebut.
Tapi,
pernah kita tahu segala keputusan bukan dibuat oleh YDPA?

Segala keputusan sidang Parlimen dan Dewan Negara adalah benar perlu mendapat kebenaran YDPA,
sebelum secara rasmi menjadi undang-undang atau dasar negara.
tapi itu yang kanak-kanak pun belajar!
Apa yang bukan semua orang tak tahu adalah,

KALAU YDPA TAK SETUJU PUN SELEPAS BEBERAPA MINGGU, DASAR ITU AKAN DIJALANKAN JUA!!!


Jadi,
di manakah kuasa YDPA di dalam struktur pemerintahan negara?
Baginda hanya mampu lambatkan masa dasar dijalankan dan tidak mampu menyuarakan kata,
"Beta tak BENARKAN!"


Fikir sendiri,

"Cukup kuasakah Yang Di-Pertuan Agong apabila baginda hanya diibaratkan seperti boneka Sang Legalis semata-mata? Ketua agama..Ketua ketenteraan..Ketua negara..? Itu semua hanya ada pada nama. Mereka berkata Raja-Raja lah yang akan membela nasib orang Melayu di tanah air ini, TAPI, nyata sekali mereka tidak dapat menyelamatkan status kekuasaan diri mereka sendiri."
~Si Pencangkul
AMPUN TUANKU!!
*susun 10 jari dan letak atas kepala*




mood:belajar undang-undang memang sangat best!

Tuesday 5 July 2011

Islam dan Ritual

     Masyarakat pada hari ini hanya menganggap Islam itu hanya sebagai ritual sehingga mereka lupa akan falsafah dan pemikiran islam itu sendiri.

 Tatkala bicara tentang Islam dalam masyarakat pada hari ini mereka akan mengaitkan dengan solat , baca quran , pergi surau , puasa , dan sama waktu dengannya.

 Bila bicara tentang Islam pasti akan terdetik tentang perkara macam ni.

Pakaian mestilah jubah , mesti kopiah , mesti tudung labuh gila sampai tutup punggung ....

Seni mesti khat , musik mestilah nasyid. , genggam tangan . Nyanyi tak buka mulut ....hahaha

kalau ada ceramah kat surau ini mesti suruh solat je. baca quran je . zakat je...

Kalau Islam mesti kena cakap arab je.....


ITULAH PERSEPSI MASYARAKAT PADA HARI INI...

 Tahu tak pemikiran jumud macam tu la menjadikan masyarakat takut dan selesa untuk mendekati Islam ?
atau dalam erti kata yang lain ada suatu virus yang kita panggil ISLAMPHOBIA.

 Atas sebab tu juga la banyak GILA orang islam PENDING nak murtad dekat JAKIM tu.Tak macam US , orang berpusu - pusu nak masuk Islam meskipun pelbagai kempen diadakan bagi melabel itu dan ini terhadap Islam.

  Islam memang relevan sepanjang zaman , Islam itu ad-din dan jalan hidup bagi seluruh umat.Masalahnya , pemikiran kita dah di doktrin oleh sekularisme. Padahal , islam meliputi pelbagai perkara termasuk falsafah , politik , ekonomi , sosial , dsb..Segalanya lengkap . Tapi ada ke kita fikir ? Ada masyarakat kat Malaysia ni ambil kisah ? haha


  Dakwah juga boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kalau kat US mana ada layan nasyid .So dakwah dilaksanakan dengan HIP HOP dsb. Kreatif la sikit!!!


Saya tidak menyokong sepenuhnya islam yang terlalu liberal . Tetapi percayalah sekiranya kita terus jumud , selagi itulah kita macam ni. Macam sekarang. hahahhaa.

Sunday 3 July 2011

Api revolusi di Tunisia.

Jauh di Middle East, ada sebuah negara yang ditadbir oleh Si Kuku besi bernama Presiden Zine El Abidin. Golongan marhaen dinafikan hak dan orang kaya terus berkuasa penuh. Kadar pengangguran tak payah cakap la, ratusan dan mungkin ribuan yang tiada pekerjaan. Atau ertikata lain, menganggur.

Sesudah itu, berlaku satu revolusi. Mereka menuntut persamaan hak dan agar rasuah tidak sewenang-wenangnya dibiarkan berleluasa. Rakyat dari setiap pelusuk bangkit mengangkat senjata. Dari kampung, badanr, suburbs, macam macam ada. Dalam masa dua hari je, Presdien jatuh tumbang. The Ennnnnd.

Macam mana boleh mencetus revolusi? Siapa yang startkann?

Oh, ada mamat ni, Mohamed Buoazizi namanya, dia bakar badan dia depan balai polis tu. Gua dengar, kedai dia kena saman dek polis. Takde lesen. Tapi seperti orang miskin lain, macam mana nak bayar? Gaji pun sikit. So, dia simbah badan dengan minyak tanah dan puff! Terbakar!

Orang nampak keberanian dia dan dapat inspirasi nak balas dendam. Dan well, budak tu pun baik orangnya. Meski miskin, dia amat pemurah. Ada duit sikit dia sedekahkan. Kira macam public figure bagi golongan yg kurang berada.

Di Malaysia, kita juga ada masalah seperti pengangguran, naik harga, dan rasuah. Ya, lu jangan nak buat tak tahu. Gua lempang karang. Ramai lagi anak muda kita yg takde kerja. Itu tak termasuk entah berapa Billion duit rakyat yang terus hilang dalam program-program yang kononya 'membina negara'.

Cewah!

Jadi apa kita nak buat?

Kita start revolusi!

Eh jangannn, macam mana? Orang melayu bangsa yang terleka.

Ye tak ye jugak, ye dak?


Err, jadi kita perlukan seorang lagi Mohamed Buoazizi kah untuk start  revolusi baru? 



Hmm.

Friday 1 July 2011

Dysphemisme.

Gambar diatas menunjukkan seorang banduan melukis ayat keramat
FREEDOM OF XXXPRESSION.
Apa maksud gambar di atas?
Anda tahu?
.
.
.
Ramai penulis, sasterawan, ahli falsafah yang diberkas kerana mengkritik pemerintahan SANG LEGALIS.
Kau sedar?
.
.
.
EUPHIEMISME
"inilah dia pejuang dan suara kebebasan berdemokrasi!"


DYSPHEMISME:
"inilah dia suara rakyat yang akan menjatuhkan kestabilan dan keselamatan negara!"


sungguh aku gembira muak dengan kata-kata SANG LEGALIS yang takut akan suara pejuang kebebasan.
apa salah mereka menyatakan idealisme mereka?
apakah ia satu dosa yang tergolong dalam 70 dosa-dosa besar?


"Sang Legalis sebenarnya amat takut akan kebangkitan sang perwira yang penuh dengan persona 'persuasive language' lantas mendeskripsi mereka sebagai satu ancaman. Sungguh persetan dengan najis politik ini semua."


ISA bukan satu SOLUSI.



mood:idea datang dan pergi ibarat angin monsun barat.*ketawa kecil sambil tutup mulut*