Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Saturday 29 October 2011

Legalis pijak Akademis?

Ye, kuasa puak akademik sangat ditakuti era kini. Kenapa? Kerana akademis sudah mengetahui cara sesuai untuk melawan kembali kepincangan undang-undang yang dicipta Sang Legalis itu sendiri. Namun begitu, mungkin sudah jadik petanda kiamat kecil kan, suara-suara orang yang berilmu ini dibisukan semata-mata untuk terus menerajui kerajaan. 

Aku cakap tak bermakna aku tentang kerajaan atau aku sokong pembangkang, atau sebaliknya. Aku NEUTRAL. Aku tentang kepimpinan yang menindas rakyat. Sudah cukup suara demokrasi sang marhaen dibisukan, kini akademis pula yang ingin dipasung. Sudah cukup mahasiswa dipenjara lidah mereka, kini si pakar pula yang mereka 'tubing' kepalanya? Oh..Wadefak!

Ye, mata, telinga dan mulut mereka dipenjara.

Apa sebab akademis tidak boleh menegur pemimpin kita? Apa sebab akademis tidak boleh menegur Su**an kita? Wah, tinggi betul darjat dia sebagai manusia! Gua tabik sama lu! Lepas tu bajet pandai nak lawan perlembagaan yang mereka sendiri olah dulu. TINGGINYA DARJAT! Sedangkan Rasulullah menerima teguran sahabat...
Bila seorang Akademis yang ternyata seorang pakar menegur golongan bangsawan ini, mereka kata Kurang Ajar. Tulah, kan dah bengang..kih kih kih.

Ini semacam permulaan bagi zaman gelap. Kalau anda rasa saya pengkhianat Melayu kerana mengkritik golongan ini, berikan bukti yang golongan bangsawan ini membantu Melayu dan tak makan duit rakyat!
Gua sayang bangsa gua. Gua sayang negara gua. Gua sayangkan agama gua.
Tapi sampai bila rakyat Malaysia nak terperosok dan terperap dalam suasana politik yang jelas mengenepikan rakyat baik yang bijak pandai ataupun yang kurang pandai. Sistem kerajaan yang unik sahaja tidak cukup untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ingat tu!

 Suatu ketika dahulu aku pernah bergaduh besar dengan orang yang menghina institusi Raja Raja Melayu. Tapi bila dah mampu berfiiran matang, baru aku sedar rakyat Malaysia atau lebih khususnya bangsa Melayu belum lagi merdeka dari segi zahir atau batin. 

"Kemerdekaan yang dilaungkan dahulu hanya menjadi satu simbolik tanpa makna kepada marhaen yang mendambakan kebebasan mutlak tanpa kongkongan Sang Legalis."
-Cangkul Emas

Walau macamanepon, mahasiswa tetap di belakang idea si Akademis!
Hidup Aziz Bari!

P.S# Lepas ni kalau ada SKMM komen gua punye post nih, boleh popular macam Eszol Raar ni..kih kih kih

No comments: