Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Saturday, 29 October 2011

Legalis pijak Akademis?

Ye, kuasa puak akademik sangat ditakuti era kini. Kenapa? Kerana akademis sudah mengetahui cara sesuai untuk melawan kembali kepincangan undang-undang yang dicipta Sang Legalis itu sendiri. Namun begitu, mungkin sudah jadik petanda kiamat kecil kan, suara-suara orang yang berilmu ini dibisukan semata-mata untuk terus menerajui kerajaan. 

Aku cakap tak bermakna aku tentang kerajaan atau aku sokong pembangkang, atau sebaliknya. Aku NEUTRAL. Aku tentang kepimpinan yang menindas rakyat. Sudah cukup suara demokrasi sang marhaen dibisukan, kini akademis pula yang ingin dipasung. Sudah cukup mahasiswa dipenjara lidah mereka, kini si pakar pula yang mereka 'tubing' kepalanya? Oh..Wadefak!

Ye, mata, telinga dan mulut mereka dipenjara.

Apa sebab akademis tidak boleh menegur pemimpin kita? Apa sebab akademis tidak boleh menegur Su**an kita? Wah, tinggi betul darjat dia sebagai manusia! Gua tabik sama lu! Lepas tu bajet pandai nak lawan perlembagaan yang mereka sendiri olah dulu. TINGGINYA DARJAT! Sedangkan Rasulullah menerima teguran sahabat...
Bila seorang Akademis yang ternyata seorang pakar menegur golongan bangsawan ini, mereka kata Kurang Ajar. Tulah, kan dah bengang..kih kih kih.

Ini semacam permulaan bagi zaman gelap. Kalau anda rasa saya pengkhianat Melayu kerana mengkritik golongan ini, berikan bukti yang golongan bangsawan ini membantu Melayu dan tak makan duit rakyat!
Gua sayang bangsa gua. Gua sayang negara gua. Gua sayangkan agama gua.
Tapi sampai bila rakyat Malaysia nak terperosok dan terperap dalam suasana politik yang jelas mengenepikan rakyat baik yang bijak pandai ataupun yang kurang pandai. Sistem kerajaan yang unik sahaja tidak cukup untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ingat tu!

 Suatu ketika dahulu aku pernah bergaduh besar dengan orang yang menghina institusi Raja Raja Melayu. Tapi bila dah mampu berfiiran matang, baru aku sedar rakyat Malaysia atau lebih khususnya bangsa Melayu belum lagi merdeka dari segi zahir atau batin. 

"Kemerdekaan yang dilaungkan dahulu hanya menjadi satu simbolik tanpa makna kepada marhaen yang mendambakan kebebasan mutlak tanpa kongkongan Sang Legalis."
-Cangkul Emas

Walau macamanepon, mahasiswa tetap di belakang idea si Akademis!
Hidup Aziz Bari!

P.S# Lepas ni kalau ada SKMM komen gua punye post nih, boleh popular macam Eszol Raar ni..kih kih kih

Friday, 30 September 2011

Demokrasi? Pfttt.

Negara yang demokrasi adalah satu negara dimana rakyatnya mempunyai hak untuk bersuara. Moto yang dibawa adalah; Kerajaan oleh rakyat, dikendali oleh rakyat, dan untuk rakyat. Untuk menentukan kerajaan, satu pilihanraya undi akan diadakan. Bagaimanapun, ada dua betuk demokrasi wujud.

1) Demokrasi secara direct.

Dalam definisi ini, rakyat ada power secara total untuk memilih polisi. Ini maksudnya, apa2 kerajaan nak buat, kena tanya rakyat satu per satu. Payah kan? Satu contoh yang terbaik untuk model negara ini adalah Athenian pada 5bc.

2) Demokrasi secara tak direct.

Inilah yang diamalkan di setiap tanah negara sekarang. Dimana kita akan memilih wakil dan wakil inilah yang tentukan polisi untuk kita. Jadi apa2 keputusan bukan lah lu orang buat tapi orang yang lu orang wakilkan.

Jadi apa jadah gua nak bising dekat sini?

Oleh kerana negara kita adalah demokrasi, jadi patutnya ia mengamalkan satu konsep Natural Justice yang dinamakan Audi Alteram Partem, yakni setiap manusia ada hak untuk bersuara. Konsep ini patutnya disuburkan kedalam setiap pepohon demokrasi supaya ia benar-benar terlaksana.

Tapi, bila gua bukak internet, atau pun paper, ataupun apa2 buku, gua dapati ini bukan hal yang jadi. Semua benda yang kita nak cakap kena sekat. Semua kebebasan kita dicantas. Apa2 puisi, blog, artikel. Tengok A.Samad Said. Lu ada nampak buku dia lagi dekat kedai? Atau tengok Faisal Tehrani, buku dia berapa kerat je boleh jumpa. Kononnya dalam artikel 10 Perlembagaan Persekutuan katakan kita ada hak untuk bersuara.

Jadah?

Kalau komen pasal kerajaan pun kena bangkang jadi baik buangkan saja nama demokrasi itu. Sebagai contoh, siapa2 yang cuba pertikaikan kerajaan akan disimpan didalam akta ISA demi 'keselamatan negara'.

Dan gua pernah debat jugak dengan puak-puak fanatik melayu ni. Katanya, "Kalau lu tak suka dengan Malaysia, lu carilah tanah lain. Semua kau nak condemn."

Pfftt bangang.

Lu kena ingat, ini negara Demokrasi. Sistem ini hanya boleh bangun kalau ada kritikan daripada rakyat. Kau nak expect kerajaan kita boleh bangkit dengan dasar daripada menteri-menteri saje?

Sebab itu dekat Barat sana, ada kebebasan suara. Sebab tu kerajaannya prihatin. Hari-hari kena menganjing, hari2 kena troll, baru ada kesedaran. Kalau diri tak kuat nak jadi pemimpin negara, kalau diri tak cukup nak kena sarka mahupun troll, baik kau balik rumah layan K-Pop.

Cilakak.

Sunday, 7 August 2011

Si Optimis mungkin menjentera kapal terbang, namun idea parachute dibawa oleh mereka yang pessimis.

Dalam dunia ini, menjadi optimis saja tidak cukup. Kontra dengan nenek moyang kita yang sering mengingatkan kita bahawa menjadi optimis mampu menjenterakan persekitaran yang baik, aku lihat dengan jihat yang berbeza.

Kata orang barat; too much of open minded thinking will make your brain fall.

Faham itu?

Kerana biasanya, orang yang obsesikan kejayaan akan menangis pabila apa yg dihendaknya tidak bisa digenggam. Untuk punyai banyak harapan dan tidak mencapainya adalah sakit, malahan juga tidak perfect. Oleh sebab itu, menjadi optimis saja tidak cukup.

Dalam satu-satu masa, kau perlu cuba menjadi realis, atau mungkin diadunkan dengan sedikit pessimisme akan menjadikan kau orang yang berhati-hati.

Walhal dalam pentadbiran dunia sekalipun, apabila kau invest dalam satu syarikat, kau kena ingat bahawa kegagalan itu juga seharusnya ada. Kita hidup dalam dunia kemungkinan. Dimana setiap buruk baik itu kadang datang tanpa diduga.

Erti?

Expect the worst, plan for the best.

Tuesday, 2 August 2011

Perkauman itu tidak akan hilang . Tetapi ...

Berikut merupakan video terbaik untuk media kegemaran kalian yakni Media Prima.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Acex3s3Zcc0

“please understand and respect the significance of Ramadan”.

Adakah non - muslim sahaja melakukan itu ? Dan adakah Muslim tidak melakukannya ..
Rakyat Malaysia perlu lebih terbuka. Tiada satu bangsa pun dalam dunia yang tiada nilai 'racist' dalam jiwa . Tetapi , perlu punyai limitasi dan bukan secara keterlaluan. Malaysian come first and Malay Second ..

:)

Monday, 1 August 2011

Ideas are bulletproof.

Ya, itu kata Si Vendetta dalam movie itu, bahawa idea adalah satu kuasa yang maha Menakjubkan. Aku setuju, dan sebab itu perlunya ada untuk para rausyanfikir duduk semeja dan berfikir, fikir, dan memanisfestasikan buih pemikiran dalam dunia realiti.

Sejujurnya, gua tak berapa gomar dengan akta-akta yang menyekat freedom of expression kerna setiap manusia ada hak berbuat demikian. Contoh yang aku katakan seperrti AUKU yang menyekat dan mencantas idea mahasiswa.

Apa yang perlu kerajaan takutkan?

Ah, kata mereka mahasiswa tidak cukup matang untuk terlibat tetapi katakan kepadaku, berumur 18, 19 atau 20 itu tidak cukup matang? Ah come on, pendedahan awal itu perlu. Baru mereka matang, ranum, dan fikir untuk masyarakat.

Kata gua; biarkan suara para mahasiswa itu bergema! Biarkan idea mereka dihargai, kerna satu masa kelak, dunia ini dipegang oleh mahasiswa itu sendiri.

Mengapa golonghan mahasiswa yang paling menentang AUKU? Kerna ini negara mereka dan pada suatu masa, mereka sendiri akan jadi pemimpin. Mereka ambil peduli tentang masa depan, tentang takdir negara.

Oleh itu, wajar suara-suara itu dibisukan?

Racun Fikiran

     Kan bagus kalau racun itu bersifat neutral. Tidak Bias. Kan bagus kalau berita dan pendapat kedua - dua belah pihak disiarkan.

     Sekiranya racun itu dapat dineutralkan. Pasti masyarakat akan jadi lebih terbuka. Bijak Menilai. Tidak bias. Tidak lapuk. Tidak fuck menge Fuck Menge Fuck.





     Media itu merupakan candu rakyat. Sekiranya candu itu jenis yang baik. Mungkin memberi kebaikan dan khasiat pada masyarakat .Namun andai kata candunya jenis yang tidak baik dan beracun , pasti membawa keburukan dan menyemarakkan api dan ruang perpecahan antara marhaen.


     Jadi , media perlu independent dan bebas dari sebarang pengaruh . Jangan putar belitkan lagi. :)

     

Sunday, 31 July 2011

Tak Adil!


Kenapa kita tak boleh jadi adil?
Kau selar kerajaan, kenapa kau tak selar pembangkang juga?
Apakah kerajaan sahaja yang menjalankan politik kotor?
Apabila kantoi Datin Rosmah(bini najib) beli cincin mahal la apa la, kecoh sana sini. Najib punya salah semua orang attack dia. Apakah dia bukan manusia biasa juga yang perlukan layanan baik? Kenapa semua tindakan yang dia buat, orang cakap itu ini? Pembangkang terlalu diagungkan sehingga satu kesalahan pun tak nampak! Najib dipanggil Mat Monggol kerana kes Altantuya, tapi Anwar Ibrahim diagungkan hanya kerana dia didakwa meliwat and because of that we must defend him.......FUCK!
Kes Najib dah terang ada bukti yang dia tak terlibat dengan kes itu. Anwar Ibrahim ada bukti..ape cer? Siap ngan Biometric Recognition dari teknologi luar. Nilai lah wahai pro-pembangkang, kau adil ke tak adil? Jangan sampai bila pembangkang nak jadikan negara ni negara komunis pun kau nak sokong sudah la!

Sekarang ni untuk sebelah kanan pula, aku pun pro-kerajaan juga dahulu. Aku meluat bila akhbar Utusan Melayu selalu cakap buruk pasal pembangkang yang menyampaikan tuntutan BERSIH 2.0. Tuntutan tu memang bagus dan kena pada tempatnya bagi men'cantik'kan lagi negara pimpinan kerajaan yang penuh dengan corruption. Polis pun bersalah kerana mencederakan marhaen yang menuntut keadilan. Dan bila orang ramai marah, kau sokong bila Hishammudin Hussein cakap polis defend diri sendiri...WHAT THE FUCK! Even assignment aku pun aku buat pasal polis Malaysia yang tak berapa betul ni. Jangan ingat kerajaan yang dah campur adukkan bidang kehakiman dengan pentadbiran negara ini terlalu baik. Ingat kita tak perlu berterima kasih pada kerajaan kerana bagi kita itu ini, dah memang tu tugas dia. Kalau tak buat apa bapak kau undi BN sampai menang? Nilailah wahai pro-kerajaan, kau adil ke tak adil? Jangan sampai bila negara ni jadik makin celaru baru kau nak termangu sendirian.

Kenapa aku post benda ni?
Sebab aku dah naik jaki ngan blog Tukar Tiub dan akhbar Utusan Melayu. Terus terang aku cakap.
Yang satu terlalu agungkan pembangkang, dan yang satu terlalu agungkan kerajaan!
Biarlah kita jadi Neutral dan analisis setiap perkara yang berlaku sebelum menilainya.
Fikir untuk menaikkan nama dan taraf bangsa dahulu lalu sampaikan idea, sumbangkan jasa yang besar pada negara baru aku iktiraf kata-kata kau orang.

credit to: Si Patung dan Si Paku, Miss Evey juga jangan abaikan ini.Biar kita NEUTRAL. Faham???



mood:sumpah aku tengah bengang sekarang!