Kenapa kita tak boleh jadi adil?
Kau selar kerajaan, kenapa kau tak selar pembangkang juga?
Apakah kerajaan sahaja yang menjalankan politik kotor?
Apabila kantoi Datin Rosmah(bini najib) beli cincin mahal la apa la, kecoh sana sini. Najib punya salah semua orang attack dia. Apakah dia bukan manusia biasa juga yang perlukan layanan baik? Kenapa semua tindakan yang dia buat, orang cakap itu ini? Pembangkang terlalu diagungkan sehingga satu kesalahan pun tak nampak! Najib dipanggil Mat Monggol kerana kes Altantuya, tapi Anwar Ibrahim diagungkan hanya kerana dia didakwa meliwat and because of that we must defend him.......
Kes Najib dah terang ada bukti yang dia tak terlibat dengan kes itu. Anwar Ibrahim ada bukti..ape cer? Siap ngan Biometric Recognition dari teknologi luar. Nilai lah wahai pro-pembangkang, kau adil ke tak adil? Jangan sampai bila pembangkang nak jadikan negara ni negara komunis pun kau nak sokong sudah la!
Sekarang ni untuk sebelah kanan pula, aku pun pro-kerajaan juga dahulu. Aku meluat bila akhbar Utusan Melayu selalu cakap buruk pasal pembangkang yang menyampaikan tuntutan BERSIH 2.0. Tuntutan tu memang bagus dan kena pada tempatnya bagi men'cantik'kan lagi negara pimpinan kerajaan yang penuh dengan corruption. Polis pun bersalah kerana mencederakan marhaen yang menuntut keadilan. Dan bila orang ramai marah, kau sokong bila Hishammudin Hussein cakap polis defend diri sendiri...
Kenapa aku post benda ni?
Sebab aku dah naik jaki ngan blog Tukar Tiub dan akhbar Utusan Melayu. Terus terang aku cakap.
Yang satu terlalu agungkan pembangkang, dan yang satu terlalu agungkan kerajaan!
Biarlah kita jadi Neutral dan analisis setiap perkara yang berlaku sebelum menilainya.
Fikir untuk menaikkan nama dan taraf bangsa dahulu lalu sampaikan idea, sumbangkan jasa yang besar pada negara baru aku iktiraf kata-kata kau orang.
credit to: Si Patung dan Si Paku, Miss Evey juga jangan abaikan ini.Biar kita NEUTRAL. Faham???
mood:sumpah aku tengah bengang sekarang!