Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Friday 30 September 2011

Demokrasi? Pfttt.

Negara yang demokrasi adalah satu negara dimana rakyatnya mempunyai hak untuk bersuara. Moto yang dibawa adalah; Kerajaan oleh rakyat, dikendali oleh rakyat, dan untuk rakyat. Untuk menentukan kerajaan, satu pilihanraya undi akan diadakan. Bagaimanapun, ada dua betuk demokrasi wujud.

1) Demokrasi secara direct.

Dalam definisi ini, rakyat ada power secara total untuk memilih polisi. Ini maksudnya, apa2 kerajaan nak buat, kena tanya rakyat satu per satu. Payah kan? Satu contoh yang terbaik untuk model negara ini adalah Athenian pada 5bc.

2) Demokrasi secara tak direct.

Inilah yang diamalkan di setiap tanah negara sekarang. Dimana kita akan memilih wakil dan wakil inilah yang tentukan polisi untuk kita. Jadi apa2 keputusan bukan lah lu orang buat tapi orang yang lu orang wakilkan.

Jadi apa jadah gua nak bising dekat sini?

Oleh kerana negara kita adalah demokrasi, jadi patutnya ia mengamalkan satu konsep Natural Justice yang dinamakan Audi Alteram Partem, yakni setiap manusia ada hak untuk bersuara. Konsep ini patutnya disuburkan kedalam setiap pepohon demokrasi supaya ia benar-benar terlaksana.

Tapi, bila gua bukak internet, atau pun paper, ataupun apa2 buku, gua dapati ini bukan hal yang jadi. Semua benda yang kita nak cakap kena sekat. Semua kebebasan kita dicantas. Apa2 puisi, blog, artikel. Tengok A.Samad Said. Lu ada nampak buku dia lagi dekat kedai? Atau tengok Faisal Tehrani, buku dia berapa kerat je boleh jumpa. Kononnya dalam artikel 10 Perlembagaan Persekutuan katakan kita ada hak untuk bersuara.

Jadah?

Kalau komen pasal kerajaan pun kena bangkang jadi baik buangkan saja nama demokrasi itu. Sebagai contoh, siapa2 yang cuba pertikaikan kerajaan akan disimpan didalam akta ISA demi 'keselamatan negara'.

Dan gua pernah debat jugak dengan puak-puak fanatik melayu ni. Katanya, "Kalau lu tak suka dengan Malaysia, lu carilah tanah lain. Semua kau nak condemn."

Pfftt bangang.

Lu kena ingat, ini negara Demokrasi. Sistem ini hanya boleh bangun kalau ada kritikan daripada rakyat. Kau nak expect kerajaan kita boleh bangkit dengan dasar daripada menteri-menteri saje?

Sebab itu dekat Barat sana, ada kebebasan suara. Sebab tu kerajaannya prihatin. Hari-hari kena menganjing, hari2 kena troll, baru ada kesedaran. Kalau diri tak kuat nak jadi pemimpin negara, kalau diri tak cukup nak kena sarka mahupun troll, baik kau balik rumah layan K-Pop.

Cilakak.