Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Sunday 7 August 2011

Si Optimis mungkin menjentera kapal terbang, namun idea parachute dibawa oleh mereka yang pessimis.

Dalam dunia ini, menjadi optimis saja tidak cukup. Kontra dengan nenek moyang kita yang sering mengingatkan kita bahawa menjadi optimis mampu menjenterakan persekitaran yang baik, aku lihat dengan jihat yang berbeza.

Kata orang barat; too much of open minded thinking will make your brain fall.

Faham itu?

Kerana biasanya, orang yang obsesikan kejayaan akan menangis pabila apa yg dihendaknya tidak bisa digenggam. Untuk punyai banyak harapan dan tidak mencapainya adalah sakit, malahan juga tidak perfect. Oleh sebab itu, menjadi optimis saja tidak cukup.

Dalam satu-satu masa, kau perlu cuba menjadi realis, atau mungkin diadunkan dengan sedikit pessimisme akan menjadikan kau orang yang berhati-hati.

Walhal dalam pentadbiran dunia sekalipun, apabila kau invest dalam satu syarikat, kau kena ingat bahawa kegagalan itu juga seharusnya ada. Kita hidup dalam dunia kemungkinan. Dimana setiap buruk baik itu kadang datang tanpa diduga.

Erti?

Expect the worst, plan for the best.

Tuesday 2 August 2011

Perkauman itu tidak akan hilang . Tetapi ...

Berikut merupakan video terbaik untuk media kegemaran kalian yakni Media Prima.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Acex3s3Zcc0

“please understand and respect the significance of Ramadan”.

Adakah non - muslim sahaja melakukan itu ? Dan adakah Muslim tidak melakukannya ..
Rakyat Malaysia perlu lebih terbuka. Tiada satu bangsa pun dalam dunia yang tiada nilai 'racist' dalam jiwa . Tetapi , perlu punyai limitasi dan bukan secara keterlaluan. Malaysian come first and Malay Second ..

:)

Monday 1 August 2011

Ideas are bulletproof.

Ya, itu kata Si Vendetta dalam movie itu, bahawa idea adalah satu kuasa yang maha Menakjubkan. Aku setuju, dan sebab itu perlunya ada untuk para rausyanfikir duduk semeja dan berfikir, fikir, dan memanisfestasikan buih pemikiran dalam dunia realiti.

Sejujurnya, gua tak berapa gomar dengan akta-akta yang menyekat freedom of expression kerna setiap manusia ada hak berbuat demikian. Contoh yang aku katakan seperrti AUKU yang menyekat dan mencantas idea mahasiswa.

Apa yang perlu kerajaan takutkan?

Ah, kata mereka mahasiswa tidak cukup matang untuk terlibat tetapi katakan kepadaku, berumur 18, 19 atau 20 itu tidak cukup matang? Ah come on, pendedahan awal itu perlu. Baru mereka matang, ranum, dan fikir untuk masyarakat.

Kata gua; biarkan suara para mahasiswa itu bergema! Biarkan idea mereka dihargai, kerna satu masa kelak, dunia ini dipegang oleh mahasiswa itu sendiri.

Mengapa golonghan mahasiswa yang paling menentang AUKU? Kerna ini negara mereka dan pada suatu masa, mereka sendiri akan jadi pemimpin. Mereka ambil peduli tentang masa depan, tentang takdir negara.

Oleh itu, wajar suara-suara itu dibisukan?

Racun Fikiran

     Kan bagus kalau racun itu bersifat neutral. Tidak Bias. Kan bagus kalau berita dan pendapat kedua - dua belah pihak disiarkan.

     Sekiranya racun itu dapat dineutralkan. Pasti masyarakat akan jadi lebih terbuka. Bijak Menilai. Tidak bias. Tidak lapuk. Tidak fuck menge Fuck Menge Fuck.





     Media itu merupakan candu rakyat. Sekiranya candu itu jenis yang baik. Mungkin memberi kebaikan dan khasiat pada masyarakat .Namun andai kata candunya jenis yang tidak baik dan beracun , pasti membawa keburukan dan menyemarakkan api dan ruang perpecahan antara marhaen.


     Jadi , media perlu independent dan bebas dari sebarang pengaruh . Jangan putar belitkan lagi. :)