Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Thursday 30 June 2011

Mahasiswa Bangkit Dari Kubur

 “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”
     .                                                        Hishamuddin Rais

 Nama - nama seperti Abu Zer , Anwar Ibrahim , Yunus Ali dan ramai lagi aktivis mahasiswa bukanlah suatu yang baru malah amat sinonim kepada Mahasiswa di zaman kebangkitan mereka suatu ketika dulu. Kerajaan melihat bahawa isu kebangkitan mahasiswa sekitar 70-an memperlihatkan bahawa "student power" bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng dan remeh. Sememangnya suara mahasiswa  merupakan suara yang ditakuti dunia dan atas dasar itulah kerajaan memperkenal Akta Universiti Kolej Universiti atau lebih dikenali dengan nama si AUKU keparat. Akta yang diperkenalkan pada 1971 ini dilihat bertujuan untuk mengekang kebangkitan suara mahasiswa dan menyekat pelajar daripada aktif dalam berpolitik demi mewujudkan suasana negara yang aman , makmur dan bahagia serta melahirkan produk yang bersih , suci lagi murni daripada sebarang anasir berbentuk keganasan , anarki , pejuang jalanan serta yang seangkatan dengannya.
Kebangkita mahasiswa bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kita sebenarnya.

 Tidak dapat dinafikan bahawa universiti di negara kita banyak melahirkan cendekiawan dan ilmuwan dalam segala bidang ilmu dan hebat dalam memberi pandangan , idea , membuat penghujahan , kajian dan sebagainya.Perkara ini memanglah memberi keuntungan serta kebaikan terhadap cabang imu pengetahuan , industri serta sosio ekonomi negara. Namun begitu ,itu hanyalah pada kertas peperiksaan semata - mata dan pada hakikatnya kita masih belum mampu melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara kritis dalam menongkah arus globalisasi di kala ini.Kita harus mengeluarkan mahasiswa daripada doktrin dan fahaman sempit demi.Universiti bukanlah suatu tempat untuk memprogramkan manusia sahaja. Kalau begitu lebih baik belajar di sekolah . Bukan UNIVERSITI ! Peranan universiti bukanlah sebagai "pusat pengajian" semata - mata.Seperti mana yang disifatkan oleh Hishamuddin Rais.



 Tugas Mahasiswa bukanlah semata - mata belajar dalam jurusan diambil , menyiapkan kerja kursus dan mengambil peperiksaan.Keluar berjalan - jalan pada hujung minggu. Malah tugas yang dipikul oleh mahasiswa lebih daripada itu. Mahasiswa merupakn menggerak massa dan minda masyarakat zamannya. Mahasiswa mempunyai tugas dalam memberikan idea - idea baru supaya seiring dengin kehendak zamannya . Mahasiswa merupakan pencetus bagi menentang segala bentuk kezaliman.Mahasiswa perlu bertindak sebagai solidariti dalam menyokong suara rakyat. Mahasiswa juga perlu menceburkan diri dalam politik bagi menyeimbangkan suara dan kehendak rakyat. Namun , mahasiswa pada hari ini dilihat sebagai produk dalam memenuhi kehendak pasaran sahaja.

 Jika dilihat , Universiti tempatan kita tidak tersenarai pun dalam THES atau Times Higher Education Supplement yang merupakan 100/200 universiti terbaik seluruh dunia. Berbanding zaman sebelumnya , universiti tempatan dilihat sebagai universiti yang berkualiti jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Apa silap kita ? AUKU ? AKTA 175 ? HAHAHAHAHAHAHA.


MAHASISWA PERLU BANGKIT! AYUH! BANGUN DAN KELUAR DARI KEPOMPONG BEBALisme.

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar

AL KAHFI : 98

Siapa Kau?

Siapa KAU?
Yang aku tahu kau hanya seorang mahasiswa biasa.
Mahasiswa biasa yang sama seperti mahasiswa yang lain.

PANGG!!
*tangan bertemu pipi*

ADUH!
*pegang pipi*

KAU LEMPANG AKU?


Apa? Kau sudah lari dari kebiasaan?
Apa bezanya kau?

Oh...
*mulut terlopong*

Baru aku faham.
Kau mahasiswa yang nampak najis politik bertebaran dalam negara yang kau cinta.
Kau mahasiswa yang sedar ketumpulan idealisme para pentadbir negara.
Kau mahasiswa yang tahu fungsimu sebagai penyambung warisan bangsa.
Baru aku kenal siapa kau.

KAU MAHU BEBAS MENYUARA IDEALISME KAU SENDIRI DALAM MEMAJU NEGARA TANPA ADA SEKELUMIT KEGENTARAN DAN IKATAN LEGALIS?


SILAKAN KAWAN.









HEHE.
*ketawa sambil garu kepala*
MAAF.




mood:entri pertamaku di dalam tinta maya ini sedikit menggamit kecuakan.

Sekarang, siapa bilang puisi bukan alat revolusioner?

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. 


-A Samad Said.





Dia ditahan polis tempoh hari. Hanya kerna puisinya ini,
yang hanya menuntut tidak lain daripada kebenaran yang nyata.






Nota: Ketelusan, dan demokrasi yang sebenar-benar menjulang hak rakyat lah apa yang semua dari kita mahukan.