Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Monday, 1 August 2011

Ideas are bulletproof.

Ya, itu kata Si Vendetta dalam movie itu, bahawa idea adalah satu kuasa yang maha Menakjubkan. Aku setuju, dan sebab itu perlunya ada untuk para rausyanfikir duduk semeja dan berfikir, fikir, dan memanisfestasikan buih pemikiran dalam dunia realiti.

Sejujurnya, gua tak berapa gomar dengan akta-akta yang menyekat freedom of expression kerna setiap manusia ada hak berbuat demikian. Contoh yang aku katakan seperrti AUKU yang menyekat dan mencantas idea mahasiswa.

Apa yang perlu kerajaan takutkan?

Ah, kata mereka mahasiswa tidak cukup matang untuk terlibat tetapi katakan kepadaku, berumur 18, 19 atau 20 itu tidak cukup matang? Ah come on, pendedahan awal itu perlu. Baru mereka matang, ranum, dan fikir untuk masyarakat.

Kata gua; biarkan suara para mahasiswa itu bergema! Biarkan idea mereka dihargai, kerna satu masa kelak, dunia ini dipegang oleh mahasiswa itu sendiri.

Mengapa golonghan mahasiswa yang paling menentang AUKU? Kerna ini negara mereka dan pada suatu masa, mereka sendiri akan jadi pemimpin. Mereka ambil peduli tentang masa depan, tentang takdir negara.

Oleh itu, wajar suara-suara itu dibisukan?

3 comments:

Cangkul Emas said...

suara itu yang kadang dimatikan oleh mahasiswa yang minda jumud juga.

Paku Neraka said...

dan apabila si muda bertanya atau bicara sesuatu pada si tua . Si tua akan bicara bahawa belum tiba masa dan tidak sesuai untuk dibicara . Dan sebab itu bila si muda melangkah ke alam masyarakat mereka tersekat.

SynicalMind said...

suara-suara itu perlu dibisukan oleh kerana kelantangan mereka dianggap keterlaluan dan mampu memancung kepala mereka sendiri.