Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Sunday 7 August 2011

Si Optimis mungkin menjentera kapal terbang, namun idea parachute dibawa oleh mereka yang pessimis.

Dalam dunia ini, menjadi optimis saja tidak cukup. Kontra dengan nenek moyang kita yang sering mengingatkan kita bahawa menjadi optimis mampu menjenterakan persekitaran yang baik, aku lihat dengan jihat yang berbeza.

Kata orang barat; too much of open minded thinking will make your brain fall.

Faham itu?

Kerana biasanya, orang yang obsesikan kejayaan akan menangis pabila apa yg dihendaknya tidak bisa digenggam. Untuk punyai banyak harapan dan tidak mencapainya adalah sakit, malahan juga tidak perfect. Oleh sebab itu, menjadi optimis saja tidak cukup.

Dalam satu-satu masa, kau perlu cuba menjadi realis, atau mungkin diadunkan dengan sedikit pessimisme akan menjadikan kau orang yang berhati-hati.

Walhal dalam pentadbiran dunia sekalipun, apabila kau invest dalam satu syarikat, kau kena ingat bahawa kegagalan itu juga seharusnya ada. Kita hidup dalam dunia kemungkinan. Dimana setiap buruk baik itu kadang datang tanpa diduga.

Erti?

Expect the worst, plan for the best.

No comments: