Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Sunday, 3 July 2011

Api revolusi di Tunisia.

Jauh di Middle East, ada sebuah negara yang ditadbir oleh Si Kuku besi bernama Presiden Zine El Abidin. Golongan marhaen dinafikan hak dan orang kaya terus berkuasa penuh. Kadar pengangguran tak payah cakap la, ratusan dan mungkin ribuan yang tiada pekerjaan. Atau ertikata lain, menganggur.

Sesudah itu, berlaku satu revolusi. Mereka menuntut persamaan hak dan agar rasuah tidak sewenang-wenangnya dibiarkan berleluasa. Rakyat dari setiap pelusuk bangkit mengangkat senjata. Dari kampung, badanr, suburbs, macam macam ada. Dalam masa dua hari je, Presdien jatuh tumbang. The Ennnnnd.

Macam mana boleh mencetus revolusi? Siapa yang startkann?

Oh, ada mamat ni, Mohamed Buoazizi namanya, dia bakar badan dia depan balai polis tu. Gua dengar, kedai dia kena saman dek polis. Takde lesen. Tapi seperti orang miskin lain, macam mana nak bayar? Gaji pun sikit. So, dia simbah badan dengan minyak tanah dan puff! Terbakar!

Orang nampak keberanian dia dan dapat inspirasi nak balas dendam. Dan well, budak tu pun baik orangnya. Meski miskin, dia amat pemurah. Ada duit sikit dia sedekahkan. Kira macam public figure bagi golongan yg kurang berada.

Di Malaysia, kita juga ada masalah seperti pengangguran, naik harga, dan rasuah. Ya, lu jangan nak buat tak tahu. Gua lempang karang. Ramai lagi anak muda kita yg takde kerja. Itu tak termasuk entah berapa Billion duit rakyat yang terus hilang dalam program-program yang kononya 'membina negara'.

Cewah!

Jadi apa kita nak buat?

Kita start revolusi!

Eh jangannn, macam mana? Orang melayu bangsa yang terleka.

Ye tak ye jugak, ye dak?


Err, jadi kita perlukan seorang lagi Mohamed Buoazizi kah untuk start  revolusi baru? 



Hmm.

4 comments:

Lucifer said...

Antara faktor utama untuk sukar mencapai tahap Buozazi adalah kesepaduan dalam agama walau berlainan parti.

kedua, sebab untuk sebuah revolusi yang berjaya, bukan hanya perlu bangsa melayu saja. bangsa lain sekali.

ketiga, hanya kerana Bersih sudah gegak gempita para pihak berkuasa di kedua-dua belah sambil masing-masing punya agenda, yang terjepit di antaranya yang kasihan. Untuk Tunisia agak mudah dilaksanakan kerana majoriti mereka memang susah hidupnya, tapi untuk Mesia, anak-anak muda kita disuntik hedonisme. Rancangan tv misalnya.

Patung XIII. said...

eah, sebab bersih kedua pihak telagah. Tapi aku kesal juga, sebab niat utama bersih cuma seperti rapat umum. Ini sampaikan PESAKA pun nak datang tibai orang. Hmmm.

Yeah, sejak kecil lagi sudah disuntik. Pernah tengok tom tom bak?

Lucifer said...

yup, rapat umum, tapi mereka mentaksirkan sebagai suatu yang akan mengecam keselamatan negara.

Pernah. Itulah mesin basuh anak muda.

Patung XIII. said...

Sekarang entah mana yang aku patut percaya. Surat khabar pun tidak lebih daripada alat racun minda.

Kata mereka, "media is the right arm of anarchy."

Lihat 9 julai ini. DAn saksikan bagaimana quote itu dimanifestasikan.