Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Tuesday, 12 July 2011

Janji demokrasi kepada si anjing, si serigala.

Kita anjing yang hanya taat setia, 
kepada tuan yang bermulut manis menjaja demokrasi,
kerna kononya pilihan itu milik kita,
dan kebebasan itu hak terpelihara.

Dikerah serigala biru-biru,
agar kita turut sepatuhnya,
takut luka,
takut sengsara,
engkar jangan, bersuara dibisukan semua.

Ya, anjing dan serigala,
dua dua mangsa si tuan besar.

2 comments:

Cangkul Emas said...

mana anjing tak menyalak.

mana serigala tak mengharuk?

kalau bukan si pencuri sudah bawak anjing-anjingnya menyerang rumah si tuan besar?

sipencuri:An.Ib.

Johan 'Champ' Radzi said...

Aku bukan pembangkang mahupun kerajaan. An. Ib bagi aku hanya politician dan aku tak percayakan kisah kisah tahyul yg dilemparkan kononya dia gila seks. Bukti yg kukuh tiada wujud lagi.