Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Tuesday 5 July 2011

Islam dan Ritual

     Masyarakat pada hari ini hanya menganggap Islam itu hanya sebagai ritual sehingga mereka lupa akan falsafah dan pemikiran islam itu sendiri.

 Tatkala bicara tentang Islam dalam masyarakat pada hari ini mereka akan mengaitkan dengan solat , baca quran , pergi surau , puasa , dan sama waktu dengannya.

 Bila bicara tentang Islam pasti akan terdetik tentang perkara macam ni.

Pakaian mestilah jubah , mesti kopiah , mesti tudung labuh gila sampai tutup punggung ....

Seni mesti khat , musik mestilah nasyid. , genggam tangan . Nyanyi tak buka mulut ....hahaha

kalau ada ceramah kat surau ini mesti suruh solat je. baca quran je . zakat je...

Kalau Islam mesti kena cakap arab je.....


ITULAH PERSEPSI MASYARAKAT PADA HARI INI...

 Tahu tak pemikiran jumud macam tu la menjadikan masyarakat takut dan selesa untuk mendekati Islam ?
atau dalam erti kata yang lain ada suatu virus yang kita panggil ISLAMPHOBIA.

 Atas sebab tu juga la banyak GILA orang islam PENDING nak murtad dekat JAKIM tu.Tak macam US , orang berpusu - pusu nak masuk Islam meskipun pelbagai kempen diadakan bagi melabel itu dan ini terhadap Islam.

  Islam memang relevan sepanjang zaman , Islam itu ad-din dan jalan hidup bagi seluruh umat.Masalahnya , pemikiran kita dah di doktrin oleh sekularisme. Padahal , islam meliputi pelbagai perkara termasuk falsafah , politik , ekonomi , sosial , dsb..Segalanya lengkap . Tapi ada ke kita fikir ? Ada masyarakat kat Malaysia ni ambil kisah ? haha


  Dakwah juga boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kalau kat US mana ada layan nasyid .So dakwah dilaksanakan dengan HIP HOP dsb. Kreatif la sikit!!!


Saya tidak menyokong sepenuhnya islam yang terlalu liberal . Tetapi percayalah sekiranya kita terus jumud , selagi itulah kita macam ni. Macam sekarang. hahahhaa.

1 comment:

jhnrdzi said...

Islam itu kalau hanya kerna ritual adalah seperti gegendang kosong. Sebab itu kita perlu fahami akar umbinya.