Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Monday 25 July 2011

Berat Mata Kalian .

 

   Sebagai rakyat Malaysia, kita begitu berbangga dengan pembangunan dan keamanan yang kita kecapi. Acapkali , kita melaung-laungkan serta bermegah dan mendabik dada dengan kehadiran bangunan besi di atas. Hebat sungguh katanya dan pemimpin kita yang memberi cetusan idea tersebut ketika zaman pemerintahannya juga diagung - agungkan. Didewa-dewakan. Kononnya , beliaulah maha hebat ! maha agung! maha bijaksana! maha segala maha dalam dunia.


     Tetapi tidak sedarkan kalian ? Ketika negara diulit pembangunan . Disinari lampu - lampu neon gemerlapan serta disanjung oleh negara luar. Kebajikan rakyat sebenarnya tidak terjaga.Apa erti itu semua ? Dikala ada pemimpin bergelak tawa. Si marhaen terpaksa menanggung derita.

     Inikah yang dikata kemajuan ? Pembangunan hanya dilihat pada bangunan pencakar langit. Yeah ! negara mungkin maju . Tapi rakyat ? LIHATLAH! KALIAN PERGI SENDIRI DI SEBALIK LORONG - LORONG DAN TEPIAN BANGUNAN GAH YANG KALIAN PUJA ITU !


     Yeah , itu merupakan realiti . Gambar asli yang bukanlah gambar palsu yang acapkali dicanang - canangkan orang. Saya sendiri pernah melalui di kawasan lorong - lorong di sekitar Metropolitan Kuala Lumpur. Di tepi stesen keretapi Kuala Lumpur berlatar belakang klasik. Di sekitar Pasar Seni. Dimana - mana , kalian pasti akan terlihat si marhaen jalanan berjuang demi meniti sebuah kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan.Andai kata kalian punyai masa untuk melawat mereka , silalah ! Lihat sendiri betapa pembangunan yang kalian kecapi sebenarnya hanya PALSU! Penuh kedongengan . Mungkin kalian boleh kata itu dan ini terhadap penulisan yang ringkas dan mungkin tak bermakna ini. Namun , percayalah .... Kiranya benar pemimpin berkhidmat untuk rakyat . Banyak berbakti untuk negara , berjasa pada agama dan bangsa. Dimanakah rasa malu dan apakah tindakan mereka apabila melihat ruang - ruang di mata dipenuhi se pengemis? si pejuang jalanan ? merempat di tepi jalanan. Pemimpin apakah itu ???? Sanggup membiarkan rakyat binasa. Fikirkanlah.



Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

From People to People.

2 comments:

Franz. said...

Dan masih... ada yg menadah tangan minta sehelai dua nota wang disamping sisi tanah liat mencakar langit.

Cangkul Emas said...

cukup menjejaskan reputasi si gah.


oh ya, dah lame aku x post entri dlm blog nih!