Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Saturday 30 July 2011

kau memang BODOH.

  PETIKAN BERITA HARIAN :

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

    Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz pernah mengejutkan negara apabila mahu menukar nama kepada Aleesya Farhana telah meninggal dunia. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Zahrah disebabkan masalah tekanan darah rendah akibat kemurungan serta masalah jantung. Kemurungan yang beliau hadapi adalah disebabkan kegagalan permohonan bagi pertukaran nama tersebut ditolak pada 18 Julai yang lalu oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa disebabkan beberapa faktor yakni kromosom , kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kuwujudan organ dalaman.



  Apa yang dilakukan oleh dia memang melampau dan melanggar norma dan fitrah manusia serta melampaui batas. Namun begitu , kita sebagai rakyat Malaysia tidak sepatutnya menghina.

  Jika dilihat , memang sudah menjadi budaya kita rakyat Malaysia untuk menghukum serta menghina segelintir individu yang membuat salah. Kita bukanlah sesiapa untuk menentukan syurga , neraka , dosa dan pahala . Memang sesuatu yang jelas dan nyata haram itu akan menjadi haram.Tetapi , andai kata diakhir kematian seseorang itu Allah letakkan syurga. Maka , syurgalah tempatnya .

  Kalau masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam sendiri menghina si Aleesya ni. Siapa lagi nak menasihati atau membawa dia ni ke pangkal jalan ? Paderi kat gereja ? Inspektor Sahab kat gurdwara ? Ane kat kuil ? Atau apek kat tokong ? Kita orang Malaysia terlalu cepat menghukum . Menghina . Mencaci. Jangan begitu !

  Mungkin ada sebab lain yang membuatkan dia jadi begini. Ini merupakan kes yang disiarkan dan mungkin ada beribu lagi kat luar sana yang masih memerlukan bimbingan. Dan kita bukan menghadapi masalah ini sahaja , ramai lagi individu yang dicaci dan dimaki disebabkan tukar jantina , pondan , murtad , dsb.

  Mereka perlu dibimbing dan bukan dicaci. Bukan tujuan untuk back up atau menghalalkan yang haram .Masalahnya kalau si imam , si ustaz berserban berjubah di masjid untuk menganjing dan bahan - bahan masyarakat yang macam ni . Siapa lagi nak jadi pembimbing ? Orang biasa - biasa tu entah la.

   Itu jela kot , Jangan terlalu MENGHUKUM. Sikit - sikit kau sesat ! Kau Bodoh ! Kau Sial ! Kau babi pondan ! Kau macam pelacur ! Murah la kau perempuan ! Kau babi penzina! See ? Kalau macam ni la , sampai bila tak maju . Kita seolah - olah sedang menyepak terajang si cacat yang duduk di atas kerusi roda .

Sama - sama lah fikir. Masyarakat terutamanya UMAT ISLAM MELAYU jangan jadi BODOH!

4 comments:

Cangkul Emas said...

pada aku ini bukan salah kerajaan kerana tidak meluluskan permohonannya.
Tetapi salah orang yang di luar yang sering mengutuk arwah.
Dia memang salah, dan kita perlu bimbingnya.

Paku Neraka said...

Kerajaan tidak salah pun sebab memang dah tawaran pada dia untuk dikauselingkan . Datuk Sharizat Jalil sendiri jumpa dia untuk tawaran dikauselingkan dalan jabatan beliau. Tetapi , masyarakat kita yang terlalu sinis dan mebabikan si aleesya ni.

Mek Nab said...

Dia pn xnk jd mcm 2 sbnarnya..
npe kta setiasa nk mghukum?
npe kta xmbimbing dia ke jln yg benar?
sbgai sesama muslim jan la kita menunding @ menghina sesama sendiri..
kn menasihati lbh bgus dr mbuta tuli je...:)

Paku Neraka said...

yup. tugas kita masyarakat sekeliling membimbing individu mcm ni. Bukan menghina . Sebab tu apa yang kita lihat di Malaysia . masyarakat asyik menuding jari kepada kesalahan org. menghukum tanpa menasihati terlebih dahulu. Dekat , nasihat . insyaAllah