Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Wednesday 27 July 2011

Semangat Marhaen yang Rasis!

Gambar ini buatkan aku menangis seketika.
Aku menangis bukan kerana aku ni memey ke ape.
Malaysia digambarkan sebagai negara yang mampu mengawal semua marhaennya yang berbilang bangsa.
tapi sebaliknya yang terjadi. Aku blogjogging tadi~

https://www.facebook.com/pages/Jangan-Sokong-Cikgu-Puan-Hajah-Siti-Mangsa-Politik/148702105150026

Terlalu banyak blog yang dicipta oleh orang cina dengan terang mengutuk dan mencaci pemimpin melayu, tidak lupa juga mengutuk pemimpin bangsa mereka yang join venture dengan pemimpin melayu.

http://malaysiafree2008.blogspot.com/

Ada pula yang mengatakan secara terang-terangan yang orang Melayu tidak boleh hidup kalau tiadanya orang Cina. Aku buat entri ni tak nak sampai emosi aku mencapai tahap menggelegak nak mampus, cuma aku kecewa dengan sikap mereka yang rasis. Yah, Melayu memang bangsa yang pemalas. Tapi adilkah untuk salahkan semua Melayu atas kesalahan itu? Adakah orang Cina suci dari segala dosa? Kenapa tak puas hati? Pasal segala privileges yang Melayu dapat?

Ini semua termaktub di bawah kontrak sosial. Pemimpin anda yang bersetuju dengan permintaan pemimpin kami dan adakah itu hanya pura-pura semata-mata untuk mendapatkan tempat di negara ini? Alhamdulillah, Tunku Abdul Rahman pandai mengaplikasikan konsep positive discrimination.

positive discrimination: diskriminasi yang melebihkan sesuatu bangsa yang mundur disebabkan ketidak adilan pembahagian kaum suatu ketika dahulu.

Terang-terang dalam sejarah kita tahu bahawa orang Cina dan India sampai ke negara ini melalui Inggeris.
Inggeris melebihkan orang Cina dalam perniagaan dan segalanya sehingga bangsa melayu hampir dianggap bangsa hutan. Melayu di diskriminasi!
Tak payah la aku cerita lagi. Semangat Rasisme yang ada dalam negara ini akan menjatuhkan semua pihak. Sedarlah!

Aku cakap bukan untuk Cina dan India sahaja, aku cakap untuk bangsa aku yang semakin dipandang rendah di mata dunia. PERKASA janganlah terlalu rasis dalam meminta-minta hak melayu.
Kalau aku dapat masuk universiti hanya kerana aku melayu, aku pun tidak suka.
Biarlah yang betul-betul layak yang masuk.

Ingat, Melayu tiada HAK tapi mereka ada KEISTIMEWAAN.








mood:sipi lagi aku nak sepak meja.

7 comments:

jhnrdzi said...

Yeah, kita dah bagi citizenship, apa mahu diungkit lagi oleh mereka?

Paku Neraka said...

Malay have no right , but they just got the special position/privillege.
Orang Melayu , memang pantang bila bicara tentang hak. Baru cakap sikit , mereka akan mengamuk tak tentu pasal. Konsep ketuanan tu sendiri sebenarnya tidak pernah wujud dalam mana-mana law di tanah ni. Konsep tu cuma suatu konsep yang dicipta untuk menakut - nakutkan orang Melayu ketika perhimpunan UMNO di Singapura masa tahun berapa entah. Tak berapa ingat . Konsep tu "direka - reka" oleh seorang mamat ni yg bernama Abdullah Ahmad. HAHAHAHA. Sebenarnya , cina india semua tidak bodoh bro . Mereka tahu perlembagaan . Mereka tau itu . Cuma kita yang terlalu takut. Padahal ada 4 perkara dalam perlembagaan persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan dan akan tetap yakni ISLAM AGAMA RASMI , RAJA MELAYU BERDAULAT , KEISTIMEWAAN MELAYU , BM BAHASA RASMI. kalau kita terus sibuk marah depa , TAK guna. Depa terus naik dan kita terus menggelupur tanpa arah seterusnya remain macam tu je. tak guna kan ? Melayu perlu berubah . Dapat sesuatu berdasarkan MERIT , Bukan darah . Bukan sebab nama di IC . :) DEB sendiri pun dah bertahun tahun tak menaikkan orang kita pun. :) Fikirkan. Jangan terus meradang.

Cangkul Emas said...

@johan

ye, mereka suke membesarkan benda yang tidak mengganggu mereka.

@Paku neraka

tapi kalau mereka sudah kata "melayu tak boleh hidup kalau takde cina. melayu makan taik kalau cina takde"
ape tu semua?!

Paku Neraka said...

HAHAHA. so kalau rasa tercabar . orang Melayu tidak perlu memberontak. Tapi msti bekerja keras. Kalau kau fikir dalam dalam , kata mereka ada betul . Nampak kasar tapi bermakna kalau disingkap secara halus . fikirkan balik keadaan ekonomi sekarang . Barang biasanya kau dapat dr siapa ? Kita orang Melayu cepat sangat melatah , nak marah . Hingga tak berfikir kata mereka tu baik kiranya ambil dari sudut positif. Kalau kaji sedalam - dalamnya . Memang selama ni ekonomi kita pun bergantung pada mereka . Takde mereka , susah kau nak cari barang . Seriously . Banyak sektor terutamanya perniagaan pun mereka yang usahakan. Orang Melayu pun perlu begitu . Bukan hanya bergantung pada MARA. Pada badan - badan atau dasar dan polisi yang penuh dengan karenah . tapi kesedaran itu perlu. Bukan angan jenin semata . Pandang sekeliling . Fikir fikirkan. Anda mampu mengubahnya. HAHA. Letakkan diri anda ditempat mereka , kalau kau cerita kontrak sosial . Mereka pun sudah lama berada dalam negara ni. Dah berapa generasi dah . Dan mereka tidak patut dianggap lagi sebagai pendatang . Kerana apa ? Mereka pun sama - sama dengan nenek moyang kita dulu membanting tulang . Menaikkan negara. Usaha itu ini. Then tut tut mereka didiskriminasikan. Apa rasanya eh? Kita melayu jangan jumud lg. Dah tiba masanya . Malaysian come first. Then Malay . Lupuskan sedikit demi sedikit racist itu . Racist perlu tapi perlu limitasi . :)

Cangkul Emas said...

bagaimana kalau 16 mei berulang lagi?

kita bagi muka, mereka kata kita bangsa hutan lalu membunuh orang kita sesuka hati.
mereka memang resminya ingin menjadikan negara ini sebagai tanah cina yang baru.
Halau tuan rumah dan bunuh mereka.
mungkin itu yang kau mahu.Bukan aku jiwa jumud tapi aku hanya inginkan suasana yang tiada sesiapa kutuk sesiapa.itu sahaja aku mahu!

jhnrdzi said...

Yeah tapi, bukan semua cina cakap mcmtu.

blog-tips-kurus said...

emo je baca bab cha ya nun alif tu..