Mukadimah.

Selamat datang ke dunia Liberal. Disini, kami mengalu-alukan komen dan pemikiran anda. Disini, dunia filosofi dan idea diadunkan menjadi sebati.

Email di patung_tua@yahoo.com.

Wednesday 13 July 2011

Siasah itu kotor

     Bila bicara soal politik terutamanya dalam kawasan sekolah , taman permainan ,. dalam rumah waima kawasan universiti tempatan atau kolej swasta sekalipun . Acapkali kita dengar quotes indah dan berseni berbunyi ........

   Weh Mat , kita ni tak cukup umur lagi . Jangan la campur hal politik. Itu hal orang - orang tua .Kau belajar je rajin - rajin . dapat result bagus .. Kerja bagus . Buat apa pening - pening kepala .. Lagipun Politik itu kotor.








     Inilah minda masyarakat kita pada hari ini . Tidak kira si tua atau si muda , mereka merasakan tidak perlu untuk mengambil tempat dalam apa jua bahagian dalam politik @ siasah kerana merasakan kekotoran dan hancing politik itu mampu memusnah dan menyusahkan diri.Tambahan pula , ibu bapa juga berfikiran kolot dengan menghalang , memarahi , memaki malah ada yang lebih hebat sehingga memulaukan anak sendiri disebabkan Politik. wah ! Hebat orang Malaysia ......

     Sebelum bicara tentang kotornya politik , moleklah anda kaji serba sedikit apa yang dikatakan dan dapat diungkap dengan kalimah POLITIK. Politik @ siasah sebenarnya merujuk kepada pemerintahan. Ada orang kata tak perlu libatkan diri dengan politik sebab tak dapat apa - apa pun. Pirahhhhh! Kemudian , saya juga pernah ditanya dengan satu soalan daripada mantan ketua pelajar sekolah yang saya kira berprestij dan gemilang ditambah dengan kejayaan sekolah mendapat SBT. Soalan ini yang membuatkan saya tersenyum dan hampir tergelak. "RASULULLAH BERPOLITIK KE UNTUK JADI PEMIMPIN YANG HEBAT ?"
SAUDARA , POLITIK ITU PENTADBIRAN. RASULULLAH PENTADBIR JADI RASULULLAH JUGA AHLI POLITIK.TANPA POLITIK MADINAH TAK MAJU BROTHER!TAK WUJUD PIAGAM SEMUA ITU., KAMU PUN JUGA AHLI POLITIK . TAPI KAMU BERPOLITIK DI SEKOLAH...

     Sebenarnya , pemikiran kita yang di doktrin dengan fahaman sekularisme dan prinsip positivist. Kita menganggap bahawa kehidupan , politik dan agama adalah berasingan sedangkan segalanya dalam suatu wilayah dan lingkungan yang sama... Inilah strategi dan taktik si kapir laknat bagi memeningkan kita . Tanpa politik , tidak wujud ekonomi yang mantap , negara yang stabil dan aman , pendidikan yang baik , peluang pekerjaan tidak wujud. . Jadi , inikah yang dikatakan kita tidak perlu berpolitik dan tidak ada faedah kiranya berkecimpung dalam bidang ini ? Jangan salahkan kalimah POLITIK tetapi mungkin pengamalnya yang tersilap . Sedangkan di surau - surau dan masjid kita pun dilarang untuk bicara soal poltik . Sekular betul . HAHAHAHAHA.

     Anak muda terutamanya perlu mengambil berat tentang soal politik walaupun sedikit bagi memberi sedikit kesedaran dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kelalaian serta suntikan hedonisme. Ini bukan soal umur .Setiap lapisan masyarakat yang sudah akil baligh serta mampu berfikir matang sebenarnya perlu mengambil PORT akan hal siasah ini.Percayalah , andai kata masyarakat terutamanya anak muda terus berada dalam wilayah ini. Negara akan jahanam dan setiap titisan mani bapa ke faraj si ibu sudah tidak bermakna dan pasti membawa malapetaka.

4 comments:

jhnrdzi said...

Politik tidak kotor kerna rasullah sendiri berpolitik. Masalah dgn kita adalah kita leka sampaikan tidak mengambil tahu apa yg jadi disekeliling.

Cangkul Emas said...

diri ini selalu dicemuh kerana minda2 bangsat mahasiswa fikiran cetek di luar sana sentiasa berada di tempat tertinggi.


Blogger sejati sahaja yang tahu apa itu maksud:

FIKIRAN TERBUKA.

abglan said...

Sebenarnya MALAS, malas nak baca, malas nak amek tahu.. Bila tak tau benda, katala politik itu ini.

Paku Neraka said...

itu mungkin juga ! Tapi percayalah . Politik menguasai segala - galanya .